Thursday 19 February 2009

dibintangi malam betina curang


malam, kedinginan yang biasa-biasa aja, seperti rutin harian . aku diamanah untuk menjaga pintu masuk. ya kawan. hanya pintu masuk ini sahaja.

bagaimana hanya pintu masuk, kerana rantai ini hanya terpaksi di sekitar pintu masuk sahaja, jika aku diamanahkan untuk menjada seluruh pintu dan tingkap atau secara bahasa rasminya menjaga seluruh bangunan ini. sudah tentu rantai ini mampu menyelinap menyeluruhi seluruh bangunan ini.

ya. kembali kepada pintu masuk ini, pintu hadapan. setakat ini tiada apa yang mencurigakan, selain keriangan jiran-jiran yang sedang mabuk berpesta. jiran setinggan rumah haram tanpa pembelaan kerajaan pusat atau kerajaan setempat.

pesta kali ini lebih "ronggeng" nampaknya. diantara mereka berjaya menjumpai bungkusan sisa makanan yang maseh segar, ranum dan diibaratkan tujuh keturunan tak habes makan. begitulah puak minoroti yang setinggan. perlu bersatu bagi menambahkan mutu. apa2 dikongsi sama rata dan rasa.

seperti biasa aku, yang bukan kaki pesta. antara kerana aku sedang bertugas atau "wrong gang" jika berdansa ronggeng bersama.

hari makin larut, belum pulang lagi si anak ini, tidak mengapa dunia minda engkau sedang diluaskan. anak ini aku perlu asuh agar menjadi seperti ku, tukang menerima amanah menjaga pintu masuk depan. ya, hanya pintu masuk.

hey, lewat pulang engkau ini. dunia mana yang engkau teroka?
anak ini memeluk ku erat. cukup2 erat dan ketat.
kenapa anak? apa emosi yang terganggu?

dalam esak-esak anak ini cuba menyusun untuk menutur kata.

walau aku belum bersedia untuk berbetina, tetapi aku cuba untuk kesana.
dalam terdalam untuk menghalusi masa hadapan.

aduh. anak ini. ini ayah anak. bukan sastrawan . cuba sedikit kasarkan bahasa mu nak..

salah seorang teman karib ku telah bercerai. yang seminggu dua lagi hampir setahun ulang tahun "penjantan-betina"nya.

puncanya? anak ini di soal. esak-esak yang tiada lagi dan telah kering pinggir kelopak mata.

betina itu yang mahu diceraikan. sejak berkahwin betina itu seakan memandang rendah teman ku, antara sebab kerana temanku menumpang dirumah mertuanya. teman ku sering di tegah dari membelai anaknya yang baru lahir dengan alasan badan yang kotor.

apa-apa pon tingkahnya, semua salah.. kisah ini telah lama. dan telah lama teman ku kongsikan. sehingga kepada suatu hari.

sedang teman ku sedang menghantar betinanya ke tempat kerja, teman ku mahu membawa anak keciknya ke rumah binatang tuanya untuk bermanja-manja, tetapi di halang oleh betinanya. lebih baik bintang tuanya datang ke rumah betinanya untuk bermaja-manja dengan anak teman ku.

jawab teman ku lagi, biarlah kami berdua sahaja yang kesana. emak teman ku sedang tidak sihat. jika bermanja dengan anak kita moga segera kembali sediakala.

"ah! mak bapak aku pon sakit juga, kalau mak bapak engkau sakit, biarkan lah, mati cepat pon takpa" betina janlang itu menjalangi lidahnya keatas jantanya sendiri.

tersentak benar2-benar teman ku. jika teman ku sahaja di jalangi tidak mengapa. ini kedua binatang tuanya juga mahu di jalangi. bintang yang benar-benar binatang jalang.

betinanya diterajang sekuat hati. marah. marah yang dalam. jalang nya itu amat biadap...

jiran setinggan maseh mabuk berpesta ronggengnya. jam berapa belum tentu habis.. sama ada santah subuh atau hingga makanan pesta itu habis dipestai..

3 comments:

Lumut Pagi said...

Dahsyat...!

situkanghambar said...

jangan!

Jay Harun said...

idola!!!!! bile kite nak mabok2??? tp aku tamau memandu, biar aku memanfaatkan kenderaan awam serta dua kaki anugerah Tuhan ini...