Thursday 9 October 2008

kuning sang kunang

eh sang kunang-kunang
dari pagi membawa kepetang
di dalam sarang berdiam tenang
bila malam menjelang datang
bersiap siaga untuk terbang
bila malam membentang siang
merayap terbang riang kepayang
memercik cairan cahaya ranjang
tak sempurna benderang itu sayang
kerana kunang seorang-seorang
carilah teman untuk merancang
tambah benderang ruang terbentang
siangkan malam supaya teransang
bebaskan cahaya terbanglah terbang
gembiralah sementara malam memanjang
sebentar nanti kan hari siang
pulang lah kesarang berdiam tenang
esok pasti malam memanjang
untuk bebas riang terbang
coretkan pada rama-rama terbang
demi siang masih menjelang
terbang-terbanglah riang
sebelum malam menawan petang.

pantun sang nangka

nangka

tumbuh merendang ditengah laman
perlu disarung diberikan pakaian
sesudah masak harum setaman
mari taulan cuba sepinggan.

kulit mengerutu tak rasa ngeri
walau sebijik tetapi di dalamnya berpuluh isi
sekali gigit terus terperi
tetapi jangan dimakan beserta biji.