Monday, 23 February 2009

nenek nya & cucu aku




nenek aku
nenek aku suke buat kuih.
bukan kami saja yang di jamu.
bahkan juga seluruh kampung.

nenek aku
seawal jam tiga pagi sudah jaga,
menyiap kuih untuk sekampung sekeluarga
aku penat melihatnya
kalau badan sendiri
apa punya rasa.

nenek aku
kau sudah sudah dengar berita angin hari ini
berita tentang mu
besar udang balik kuih mu

nenek aku
aku tahu bukan itu niat mu
tapi sedarlah wahai nenek ku
jangan terlalu RAMAH dengan jiran tetangga baru
ada yang tak suka ada yang tak setuju

nenek aku
semasa engkau menghadiahkan kuih mu
disangka orang wahai
nenek ku mahu MEMIKAT penghulu

nenek aku
sedarlah diri mu
kau tak punya rupa sang ratu
berentilah berniat begitu

nenek aku
aku tahu bukan itu niat mu
apa peduli, sekarang semua tahu
tahu akan niat mu tu
mahu memikat penghulu
dengan kuih jamahan mu.

nenek aku
aku pon seperti kamu
disalah angkap tuduhan melulu
kerana ramah terlalu bertalu
bukan niat aku sebegitu
"gila betina" bukan keghairahanku

nenek aku
apa nak buat wahai nenek aku
ku harapkan kau tabahkan aku selalu
aku sedang himpun judul-judul buku
untuk menulis sesuatu
yang boleh bangsaku berpandu
kalau tersesat boleh la merujuk itu

nenek aku
semasa engkau membaca judul cucu mu
aku sedang ke pekan rutin mu
membeli bekalan tepung ruji mu
yang dikirim engkau selalu

nenek aku
ku minta izin dari mu
baki sepuluh sen ku butuh
membeli ais kerim dipekan itu
menghilang dahaga mengubat rindu.

2 comments:

PenagihAyamGoreng said...
This comment has been removed by the author.
situkanghambar said...

kalau tak faham elok diam.

sampai orang lain semua salah faham.