Tuesday 29 December 2009

kilau butir gula & sang semut




ini masih lagi kisah sang semut
memang bukan semut hitam, semut merah
juga semut yang macam-macam
seperti mana yang kita tahu
ini semut sawo matang

hari dulu semut ini telah tersalah
silap pilih bahan basuh rambut
bukan sampai boleh gondol kepala
cuma akan kurang kacak sahaja

kusut-masai seketika rambut semut
terkisai-kisai seperti urat-urat sabut
kalau semut telah beristeri
pasti rambut semut seakan baru diganyangi

tidak seperti rakan semut lain
ini semut sawo matang sedikit sepet
yang berbondong berkhidmat dengan permaisuri
bikin sarang dan didik anak-anak semut

seperti semua tahu
semut yang sepet sawo matang ini
bukan benci dengan permaisuri
atau berbarut dengan tali-tali luar
atau lelap mata pandang masa depan

semut yang bukan semut hitam ini
hanya benci dengan kerawang mahkota permaisuri
yang telah mengarenkan benak permaisuri
melambakkan tukang didik anak-anak semut

memang sejak mahkota kerawang ini di atas
sarang memesat dengan butir gula
jadi dengan gula ini
permaisuri menganjar semut-semut
menjadi tukang didik

habis semua semut tergeliat menjadi tukang didik
yang tidak berbayang mendidik juga gedik menjadi tukang
terkilau silau butir gula
hanya semut yang sawo matang sepet-sepet ini

Semua mabuk-mabuk dengan butiran gula
anak-anak semut terdidik entah ke mana
ujang yang tak nampak
pangkal yang lesap



***semut mati kerana guna, juga mati kerana cinta,walau tanpanya akan tak bermaya. untuk itu semut akan cuba mati kerana cintakan negara


Tuesday 8 December 2009

geruh sang semut

** ini tulisan sebelum masuk waktu makan tengahari.


ada seekor semut. kita boleh panggil dia semut.
bukan semut hitam, atau semut merah, atau semut kerengga atau berpinggang ramping.

kita boleh panggil bundarkan dia sebagai semut sawomatang,
mata sepet sket-sket.

dia semut ini tak suka kerja dengan permaisuri.
bukan yang bina-bina istana.
bukan yang cari-cari makanan untuk musim kemarau.

kerja yang disebutkan ialah lebih kurang mengajar anak-anak mengenal alam.
kita boleh memperincikan mengenal sagala macam tumbuhan, rakan-rakan serangga, bunga-bunga, tanah-tanah dan citra rupa.

itu yang semut hitam tidak suka.
kerja dengan permaisuri.
tak suka.
berontak.
bukan kerana benci dengan permaisuri atau tidak cinta pada sarang.
tetapi mengajar anak-anak semut perlu berambut pendek.

dia tak suka.
dia suka rambut panjang.

satu hari si semut yang kita panggil ini telah tersalah syampoo rambutnya.
kedut-kedut rambut itu telah menyebabkan
dahi-dahi semut ini berkerut.

tiada puji-pujian kesinaran rambut semut ini buat beberapa hari....


*maaf, tiada gambaran untuk entry ini.

Monday 7 December 2009

kuman

kuman di seberang mata




kuman di seberang laut


Friday 19 June 2009

Gelak Jamaa'



Wawawa hahaha.. , sejak beberapa bulan, kebel;akangan ini tepat kerja gua bertambah maju. gua suka jamaa' . nak gelak kejap wawawa hahahah..

sebab aku gua nk gelak jamaa` nih, sebab tempat kerja gua bukan sahaja tempat kerja gua, malah gua bekerja sendiri. makna kata. gua kat sini bos gua kat sini kuli. nak gelak jamaa' jap, wawawa hahaha..

ramai gila orang datang seh, berduyun-duyun. terutama lepas masuk waktu luar pejabat.

dulu tak macam nih. dulu lenggang je. papan selaju ke , kasut beroda sejajar ke pun boleh.
anda-anda yang di luar sana tuh cuba la perhatikan. bertapa enak dan bernafsunya mereka meloncat-loncat bermain.

gua sendiri tak tahu apa jadah permainan yang mereka perlakukan. wawawa hahaha~.
nak kate sepak raga, tapi kenapa dua orang lawan dua orang ja.



gua ingat salah satu sebab mereka datang tempat gua, mungkin la . tapi gua tak boleh teka tepat la kan, mungkin la..

kerajaan dah mulakan balik kempen bersenam. dulu ada kempen kuat, lepas tuh senyap je..
ni jam kempen balik, kempen kuat-kuat balik. macam kempen minum air kelapa dulu. kempen kitar semula. nanti mereka kitarkan kempen itu semua balik la. kempen kuat-kuat.

yela. kami semua mudah lupa, kadi kene la kerap kitar kempen. kempen kuat-kuat dan kitar kuat-kuat.



wawawahahaha~ satu lagi kan, gua ingat kan pasal ade sorang baru-baru nih dapat dato'. itu orang main sukan juga. mungkin mereka juga mahu dapat dato'. itu pasal mereka cuba main sukan ni. wawawa hahaha~

gua tak kisah, janji tempat gua ramai orang, gua gembira. meh ketawa jamaa' wawawahahaha..



gua ingat kalau sampai hujung tahun mereka cuba mendapat dato' melalui sukan ni, gua rasa hujung tahun gua nak pergi bercutila. mane taknye?

sewa tempat gua 2-3 kali seminggu. lepas tuh sekali sewa 3-4 jam. sorang beli air tin 4-5 tin.
gua jual air tin rm 2 satu. gang nih datang 8 orang.

8 orang x 5 tin = 40 tin

40 tin x rm 2 = rm 80

rm 80 x 3 kali = rm 240 seminggu

rm 240 seminggu x 4 minggu= anda-anda kira sendiri.


wawawa hahaha...
mahap. gua buat kira-kira guna bahasa kebangsaan
pasal gua itu jam guna bahasa ni belajar kira-kira dan sains.

itu belum masuk sewa tempat gua lagi. wawawa hahaha.

semoga gang ini lekas-lekas dapat dato'
tapi lepas dapat dato' jangan la tak datang sini lagi ya~
jangan la tukar sukanlah tukar sukan. sukan menebas pulak.
jangan lah berprotokol kokol.
datang je tempat gua nih. gang juga manusia, gua juga manusia
boleh beli air tin gua banyak-banyak.
jangan bawa air dari rumah. banyak klorin.

nanti gua nak pergi melancong gua bagitau anda- dulu yah.

tata.
"majukan selain sukan demi bangsa bernegara"

Tuesday 26 May 2009

cawan dan teko

**telah di sunting pada 2JUN2009

cawan.
hanya perlu ada satu teko untuk mengisi air ke dalam cawan.

satu hari, cawan telah mendapati tekonya telah tidak setia. curang
selain cawan ini, teko juga telah mengisi air nya ke dalam cawan lain.

kita panggil teko ini. "teko korok mu"

seperti biasa, hancur luluh cawan ini.
teko yang di hormati disanjungi dipujai tidak setia. sungguh korok si "teko korok mu" ini ya.
cawan seramik sungai dua penang murung beberapa waktu. hampir mahu menghempaskan diri menderai. begitu amat-amat tidak keruan. barang kali dengan si"teko korok mu" sudah berjanji sehidup semati.  wah, sungguh "junjumatun" wahai si "teko korok mu" ini yah. jabe.

langsung terus cawan memutuskan mereka tiada ikatan. mahu menjauhkan diri dari si "teko korok mu" dan "segalo nate gapo-gapo". putuskan segala ikatan,  janji-janji senafas senyawa berenggang tidak sehasta cuma. segala apa-apa, putus. berdebur abu menebar. lenyap

satu hari cawan ini telah didatangai teko lain, selain "teko korok mu"yang tidak setia mengisi pada satu cawan, ada juga teko lain. teko ini kita panggil teko seramik buatan tangan.

teko seramik mendapati cawan ini bukan sembarangan, juga kerana cawan ini bukan cawan plastik atau cawan kaca. menenangkan dan cukup sederhana.

ini adalah cawan buatan tangan. dari  sungai dua penang buatannya, dibentuk sambil diiringi alunan irama indah. juga ada corak nota musik di badanya.

teko seramik buatan tangan amat menghargai perkenalan dengan cawan seramik buatan tangan dari sungai dua penang ini. dan ada sedikit renjisan arab, bahagian tangkainya mancung dan terletak. mereka sebahasa di dalam irama. 

teko seramik buatan tangan rasa mungkin inilah cawan yang boleh dicurahkan isi airnya.

tetapi, cawan seramik sungai dua penang ini sedikit enggan. enggan kerana apa. kerana cawan seramik sungai dua masih menyimpan sisa air teko terdahulu yang curang. si "teko korok mu"

teko curang si "teko korok mu", asal daripada aloi pantai timur, dan sedang di diproses di german sebelum dipasarkan di malaysia. boleh dikatakan pengilangan di german pengilangan moden, mampu menghasilkan hasil buatan yang bagus. disana juga terdapat cawan-cawan yang mengiur yang mengilai aloi dari pantai timur. "ini peluang bagus untuk mengasah kemampuan diri. setakat mana ia boleh pergi" barangkali ini kata teko curang "teko korok mu". "buleh g derah ko?"  mungkin ini tambahnya. 

sesekali teringat akan botol-botol budu kitar semula semasa mereka sebangsal sebelum berangkat ke german. walau di cuci tetapi sengat bau budu masih kental mengais hidung.

"sudah sayang" sisa ini tak mampu dibuang. dan tak mampu menerima curahan air dari teko yang lain. hebat bukan pengangan "teko korok mu" ini? dasat sekali yah..

*** "terima kasih cawan seramik buatan tangan sungai dua penang. kenal dengan anda sudah cukup mengembirakan saya" kata teko seramik buatan tangan. 

"apatah lagi dapat berjumpa menatap tangkai mu yang mancung dan terletak hasil pengaruh rekaan dari tanah arab, kalau sisa titis air si "teko korok mu" telah kering, kau tahu di mana untuk kau cari aku bukan?" sambung teko seramik buatan tangan.

"aku bukan raja menyusun kata, tapi bukan aku tak mampu mencurah sempurna" tambah teko seramik buatan tangan yang semakin lain nada tutur.

sekian

Thursday 23 April 2009

akan ku tunggu kau sampai dahulu.



Aku hanya penjaga pintu. Gerbang yang isinya biru ungu-ungu. Aku tidak pernah memikirkan dari mana asal-usul ku. Yang aku tahu, perintah yang satu . Perlu patuh itu.

Sesekali aku jengah isi dalam gerbang, ada warna-warna tenang. Rasa damai. Rasa gembira.
aku mendengus binggung, ini semua tiada dalam tata kata aku.

Masa depan masa belakang , masa kiri dan masa kanan juga tiada dalam tata kata, tak faham semua. Kecuali perintah menjaga pintu.

Dari jauh aku lihat kelibat wanita. ke hulu jauh menyasar. Kemudian kembali. Lalu ke hilir memapar. Kemudian kembali lalu terus ke baruh menyusuh, kemudian menyasar lagi. Kalau dia ke darat, terus saja menelusuri gerbang ini.

Di dalam gelap-gelap hitam pekat. Meredah seolah olah mencari sesuatu. Di dalam keadaan bergema dan harum wangi, kalah dek wangian dunia.

Andai aku manusia atau saudara silau, terus aja aku ke gerbang dan melaluinya. Harum wangi ini datang dari gerbang ini. Jadi apa yang di cari-cari.

Sesekali pelangi melantai langit. hadiah bagi mereka yang patuh. Mereka yang berjaya.

Hairan aku. oh.. mungkin itu perintah ke atasnya. Perlu berkelakuan mencari-cari.

Sebelum ini tiada manusia atau saudara silau aku yang berkelakuan begini. aneh..

Kebanyakan manusia dan saudara silau aku. terus sahaja berlari apabila dari jauh nampak cahaya bergemerlapan di gerbang ini. Seolah-olah begitu mendambakan gerbang ini dan isi di dalamnya. ada yang menadah tangan tinggi-tinggi. ada yang bersujud, ada yang bersalam dengan aku, ada yang memeluk erat.

Ada yang sambil berlalu memberi salam kepada aku sambil berkata kepada diri sendiri. Syukur aku meneladani panduan hidup di dunia. Begitu begini, dan bermacam-macam lagi.

Nah! wanita itu muncul lagi. kali ini ke darat terus, dan berhenti di depan aku. kemudian bertanyakan tentang adakah aku sudah nampak seorang manusia yang begini tinggi, begitu gaya rambut, begini gaya berjalan dan begitu gaya berdehem. sedikit mengajuk wanita itu, berkelakuan untuk merupa apa yang dilisankan.

Oh manusai lelaki itu? Belum sempat aku menunjukan arah yang di tuju lelaki manusia itu. menonong wanita tadi berlalu. ada, Mengejar hutang kah, di alam ini hutang piutang sudah langsai bukan?

Aku tahu ini kerana ada saudara silau aku berlalu sambil menegurku dan berkata rupanya hutang dia sudah dilunaskan oleh sanak saudara dari wang simpanan pekerja. Sambil mengurut-urut dada saudara silau aku melepasi gerbang.

Oh, begitu hukum-hakam hutang ya. Sedikit aku semakin faham.

Wanita tadi terpacul keluar dari gerbang, berlari agaknya. Termengah-mengah. Memegang dinding di tepi gerbang menongkat badan yang hampir rebah. Lelah amat akibat berlari.

Setitis dua air menitis di lantai, dia menoleh kepada aku, jelas wanita itu menangis. tidak pernah ada manusia atau saudara silau aku yang berkelakuan begini. Di dalam ini tempat begembira, dari hasil usaha bekerja patuh di alam sana. Kenapa berlinang air mata berhiba-hiba mengesak-esak.

*** Dialog antara kami ditukar kepada ayat sehala.

Wanita ini isteri yang patuh. Lelaki manusia yang di cari tadi merupakan suami tercinta. Mula diisterikan pada awal usia 23 tahun, semasa itu lelaki manusia tadi berumur 30 tahun , sebelum hidup bersama mereka berkenalan dan berkawan selama setahun.

Pahit getir perjalanan rumahtangga mereka tempuh berdasa sehingga suatu hari. Ajal lelaki manusia itu sampai. Tinggallah wanita ini tabah. Tabah dalam menempuh hidup sendirian dan tabah menahan rindu pada suami tercinta, lelaki manusia itu.

Demi "hidup mati bersama" wanita ini semakin menjaga susila,setiap malam tekun beramal juga membacakan ayat-ayat suci untuk disedekahkan kepada suami tercinta. Sebahagian besar wang peninggalan suaminya serah kepada sekolah tahfiz, demi tidak mahu memutuskan talian amalan anak adam yamg meninggalkan dunia. Demi memastikan mereka berdua akan bertemu kembali di dalam gerbang ini. Yang aku jaga ini.

Wanita ini masuk melepasi gerbang lalu mencari suaminya. semasa pertama kali berjumpa di dalam ruang gerbang ini. Wanita ini mendapati suaminya iaitu lelaki manusia itu tidak keseorangan tetapi bersama sorang wanita manusia yang lain.

Lelaki manusia itu menjelaskan. Wanita manusia yang di dalam dakapanya itu adalah wanita dalam hidupnya sebelum isterinya. mereka berkenalan semasa lelaki manusia itu 25 tahun dan wanita itu 27 tahun. Wanita di dalam dakapan lelaki manusia itu bernama nadi pelita kula.

Terang suami wanita ini lagi. mereka tiada jodoh di dunia kerana keengganan Nadi Pelita Kula menerima Si Tawar iaitu suami kepada wanita ini yang bernama Rasa di dunia.

Suatu hari ketika umur Si Tawar 29 tahun, ketika satu dunia bumi manusia bertukar-tukar bunga. Si Tawar menghadiahkan buku Ciri Wanita Syurga kepada Nadi Pelita Kula.

Akibat terlalu kuat merokok dan mengidap beberapa penyakit yang berpunca dari tulang belakang Nadi Pelita Kula bertemu ajal. Namun dalam beberapa tahun sebelumnya, Nadi Pelita Kula tekun menelaah Pemberian Si Tawar. Selain dari menghargai perkenalan mereka, Nadi Pelita Kula juga amat menghargai pemberian yang tidak pernah di beri lelaki manusia lain. Terharu dengan itu dan menyedari diri tidak hidup lama. Mana mungkin dapat memberikan kebahagian kepada lelaki yang di anggap benar-benar ikhlas di alam yang sementara ini. Begitu pemikiran Nadi Pelita Kula.


Setiap malam tekun menurut pemberian Si Tawar. Demi satu rasa. rasa mahu membalas hutang. hutang kasih sayang pada Si Tawar. Juga Pohon dalam-dalam agar mereka berdua berjaya berbahagia di sana.


kamera medium shot mereka berdua
zoom out dari babak ini,
mula dengan perlahan kemudian sedikit laju.
berakhir dengan zoom all.
dan fade out.
senarai kredit dipaparkan perlahan-lahan.
*TamaT*
Semoga kalian tenang damai dan bahagia

Sunday 29 March 2009

hari minggu lepas

***entri ini dikemasikini semula pada 31march2009

Hari minggu lepas, bapak telah membawa saya ke sebuah taman di kawasan petaling jaya timur. sudah lama saya dan bapak tidak ke sana.



Walaupun saya gembira, tetapi bapak saya lebih gembira. mungkin gembira kerana dapat meluangkan masa bersama saya di taman ini.
mungkin juga berasa tenang menikmati kehijauan taman.ya, mungkin.





saya lihat di taman ini sudah ramai pengunjung, dari bayi hingga ke warga emas, semuanya kelihatan sedang enak berhari minggu.berangin petang. berhijau lantai alas tanah. bersuhu redup tenang di taman.


ada yang berlari sederhana laju, ada yang berlengang ada yang kuyup direbas peluh sendiri bersama alat pemain musik terkini, kemas di lengan, di pinggang.tak lupa alatan musik kuno yang mudah terbawa-bawa kemana-mana, nada siul-siulan, nada fewit-fewitan, nada..(macammana gaya memanggil pelayan di kedai mamak ? ya begitulah ).

Juga ada yang datang bersama alatan merakam gambar. mengamat di sini, mengamat di sana. segalanya mahu diamat ditangkap. menangkap detik itu. "pap" begitu teriakan alat itu. juga .. "cekelit". boleh jadi juga.



Lihat. saya dan bapak menjadi tema di petang itu.




I
ni lah saya, (oh sedang dilindungi oleh kakak berdua itu) mungkin kerana saya masih kecil, bapak memimpin tangan saya, tetapi kalau boleh saya mahu berjalan sendiri.

Kalau boleh nanti saya dewasa saya mahu berjalan tanpa henti. bukan untuk menggondol "atok" tetapi saya suka berjalan. jalan punya jalan punya jalan, sehingga tidak menampakan jalan. jalan lurus jangan belok-belok. ya. mungkin sehingga saya terbatok-batok.




Banyak pemandangan yang boleh saya cerap. daripada kegiatan berjalan ini.hurm.. nak tahu petang itu saya cerap lagi? sesuatu yang menarik ya..


lihat, saya dan bapak.


saya berjalan lagi, tenang rimbun sirih pinang ini. sungguh. kalau tidak masakan bapak bersama saya di taman ini. hurm.. saya sedang mencari helaian yang bertemu urat.



Berjalan dan berjalan. saya lihat di satu bahagian keramaian orang di luar dari kebiasaan.mungkin ada sesuatu yang takjub yang membuatkan pengunjung taman teruja.



Saya amati kawasan itu..




orang ramai sedang mengulas sesuatu. apa ya.. saya dan bapak berjalan semakin menuju ke sana.




Wah! hasil tangkapan petang ini. salah seorang pemancing berjaya menaikan seekor ikan keli. saya dengar bisik-bisik. antaranya,


ini ikan keli afrika.


mana kau tahu ikan keli afrika ni.


yela.kan orang afrika tinggi-tinggi, tengok la ikan keli ni, panjang. makna "panjang" dan "tinggi" dan sekawan-kawan.


walaupun keli malaysia tak panjang begini, tetapi isinya manis.

macam mana boleh manis? wah ikan keli di tasik yang seperti air lombong kelas ketujuh ini boleh memaniskan isi ikan?


oho, bab kualiti air tasik ini belum mampu aku ulas. juga kemampuan memaniskan isi ikan. cuma kesekawan-kawanan antara ikan keli malaysia dan gadis- gadis malaysia boleh la. tengok lah gadis melayu, tidakkah manis-manis?


bukan gadis melayu tidak menawan ke..





Wah, baru saya sedar, ramai lagi pemancing mencuba nasib. salah tiganya di sana.





Saya dengar bisik-bisik itu ikan talapia. tidakkah saiz ikan itu agak kecik, kenapa pakcik ini tidak mengamalkan dasar "tangkap dan lepas"


Mungkin pakcik ini berangapan konsep tersebut agak menyiksa ikan, bayangkanlah satu hari seekor ikan mengalami proses yang sama lima kali. iaitu, memakan umpan, disentap dan ditangkap, pemancing merengkuh dan mengeluarkan mata kail dari mulut ikan kemudian melepaskan. sambil ikan yang luka di mulut dan hati yang sakit terus berenang ke lubuk.


kalau sebulan dah 150 kali mulut ikan luka. kalau setahun. habis koyak rabak la mulut ikan. hati pon panas membuak-buak. mendidih darah. kalau orang zaman hitam putih. boleh mengakibatkan amuk tu. kalau orang zaman pasca panca warna, boleh berarak di laluan.









Bisik-bisik itu lagi berbunyi bahawa ikan talapia ini bukan jenis dari sungai malaysia, dan kalau ikan talapia ini terlepas masuk ke sungai malaysia, habis telur anak ikan di bedal. ini akan merosakkan kitaran seimbang sungai kita, sungai air tawar. menurut bisik-bisik itu lagi.






Bisik-bisik itu rancak berbual, dari bisik-bisik ke bual yang jelas. antara bait bualanny.




ikan talapia ni selalu didapati di lombong-lombong dan juga kedai makan bercadar merah yang menjemput tuah kedaimakanya, balik cita ke kisah lombong. ada dua jenis lombong, satu berlumpur dan satu berpasir di dasarnya.


apa kaitan dengan ikan talapia yang berpeluang merosakan pembiakan sungai malaysia.


begini, ikan talapia yang di lombong berdasar pasir. baunya tidak hanyir dan badannya tidak berlendir dan berlumut. kerana pasir di dasar keras bergesel dengan badan ikan sewaktu ikan bermain-main di dasar.


kalau berlumpur pula, ikan rajin bermain lumpur. ala-ala bernafas dalam lumpur?


lebih kurang la, tetapi alasan yang lebih tepat ialah. dasar yang berlumpur tak dapat membersihkan badan ikan, kerana ketiadan butiran pasir. serta tanah lombong yang berselut mempunyai kandungan plumbum yang tinggi berbanding dengan jenis lombong pasir.


patutlah kerajaan menyarankan "gunakan tanpa plumbum"



tanah liat yang berplumbum tinggi, kalau dirasa dengan lidah akan terasa sedikit hanyir. begitu juga baunya.





aku rasa dahaga, mari minum air cap beruang dekat tepi sana.




boleh juga, yaa!! air cap beruang. antara salah satu cawangan yang masih bertahan di selangor. salah satunya di subang jaya.




W
ah, air beruang, saya bertanyakan bapak mengenai itu.


baek, kite lumba sampai kedai beruang, sape kalah kene belanja, cabar saya kepada bapak.