Tuesday 29 December 2009

kilau butir gula & sang semut




ini masih lagi kisah sang semut
memang bukan semut hitam, semut merah
juga semut yang macam-macam
seperti mana yang kita tahu
ini semut sawo matang

hari dulu semut ini telah tersalah
silap pilih bahan basuh rambut
bukan sampai boleh gondol kepala
cuma akan kurang kacak sahaja

kusut-masai seketika rambut semut
terkisai-kisai seperti urat-urat sabut
kalau semut telah beristeri
pasti rambut semut seakan baru diganyangi

tidak seperti rakan semut lain
ini semut sawo matang sedikit sepet
yang berbondong berkhidmat dengan permaisuri
bikin sarang dan didik anak-anak semut

seperti semua tahu
semut yang sepet sawo matang ini
bukan benci dengan permaisuri
atau berbarut dengan tali-tali luar
atau lelap mata pandang masa depan

semut yang bukan semut hitam ini
hanya benci dengan kerawang mahkota permaisuri
yang telah mengarenkan benak permaisuri
melambakkan tukang didik anak-anak semut

memang sejak mahkota kerawang ini di atas
sarang memesat dengan butir gula
jadi dengan gula ini
permaisuri menganjar semut-semut
menjadi tukang didik

habis semua semut tergeliat menjadi tukang didik
yang tidak berbayang mendidik juga gedik menjadi tukang
terkilau silau butir gula
hanya semut yang sawo matang sepet-sepet ini

Semua mabuk-mabuk dengan butiran gula
anak-anak semut terdidik entah ke mana
ujang yang tak nampak
pangkal yang lesap



***semut mati kerana guna, juga mati kerana cinta,walau tanpanya akan tak bermaya. untuk itu semut akan cuba mati kerana cintakan negara


Tuesday 8 December 2009

geruh sang semut

** ini tulisan sebelum masuk waktu makan tengahari.


ada seekor semut. kita boleh panggil dia semut.
bukan semut hitam, atau semut merah, atau semut kerengga atau berpinggang ramping.

kita boleh panggil bundarkan dia sebagai semut sawomatang,
mata sepet sket-sket.

dia semut ini tak suka kerja dengan permaisuri.
bukan yang bina-bina istana.
bukan yang cari-cari makanan untuk musim kemarau.

kerja yang disebutkan ialah lebih kurang mengajar anak-anak mengenal alam.
kita boleh memperincikan mengenal sagala macam tumbuhan, rakan-rakan serangga, bunga-bunga, tanah-tanah dan citra rupa.

itu yang semut hitam tidak suka.
kerja dengan permaisuri.
tak suka.
berontak.
bukan kerana benci dengan permaisuri atau tidak cinta pada sarang.
tetapi mengajar anak-anak semut perlu berambut pendek.

dia tak suka.
dia suka rambut panjang.

satu hari si semut yang kita panggil ini telah tersalah syampoo rambutnya.
kedut-kedut rambut itu telah menyebabkan
dahi-dahi semut ini berkerut.

tiada puji-pujian kesinaran rambut semut ini buat beberapa hari....


*maaf, tiada gambaran untuk entry ini.

Monday 7 December 2009

kuman

kuman di seberang mata




kuman di seberang laut