Saturday, 28 February 2009

kebaya dan baju melayu sedondon hitam




Dingin, dingin suhu bilik yang dipaksa sejuk beku, dipasang penghawa dingin.
Agar dingin segala hawa-halwa. Dalam yang kurang meruncing, enam belas unit sedang berhempas-pulas. Cemas.


Mengelinjang dada-dada mereka demi menyiapkan sesuatu yang berangkaian. Pejam celik yang berulang-ulangan dan komanya di sini.


Gedik-gedik jari tangan kiri dan kanan serta mata tertumpu pada tugu yang terconggok di depan mata. Mulut ternganga. Khusyuk tahap tinggi. Khusyuk yang bukan dipaksa. membatu keras kejong khayal lentok. Ini benar-benar khusyuk halal benar.



Kecuali satu unit ini. Sesekali mengencut bibir, sesekali senyum kecil ketat. Dan sesekali mulut diurut oleh jari tangan kiri. Meraba-raba misai yang seminggu dikemas, ah, sudah tumbuh! Tangan kanan kembali ke papan kunci. Khyusuk..

Unit ini lajur pertama, baris ketiga, di tepi dinding. Punyai kerja yang telah ditamatkan kontrak. Di atas unit ini ada titisan penghawa dindin yang halus, setengah jam menitis satu. Sesekali terkena unit ini apabila mencondong ke dinding.


Ah! Menjeling ke kanan.. Selepas sedar ditenung lama.
Unit seberang sana, menjeling tajam, niat maseh belum jelas, tetapi kerlingan yang tajam dan lama. Unit di seberang sana. Juga lajur pertama baris ketiga dan tepi dinding, belakang sedikit ada jendela. Pada kebaya hitam, itulah pengerlingnya.

Jaga. . jaga..




. . . . .





PAP!


Sempat menangkap mata pengerling itu. Huh! Senyum malu. Kilat pabila merah pipi. Segan-segan kucing. Isk, titis penghawa dingin ini. Kenapa kilat kebaya hitam itu mengerling. Unit ini hanya putih kilat pada baju melayu . mungkin kilau kebaya hitam itu suka memandang putih kilau baju melayu hitam.


Mungkin kecenderungan kilau kabaya hitam memandang saing yang sama warna, ya, masing-masing sama-sama hitam. Hari jumaat. Santun ayu kilau itu yang berkebaya hitam.
Unit putih kilau baju melayu hitam masih tidak memaing kan pandangan yang dipakukan semasa menangkap kerlingan kilau kebaya hitam. Kilau kebaya hitam maseh malu-malu. Pura-pura memandang khyusuk ke monitor. Sesekali mengerling anak. Malu-malu. Tutup-tutup malu.


Sebagai unit putih kilau baju melayu, dikerling begitu tidak mengapa. Tapi mengapa. Sedikit malu tapi maseh boleh terima.


Unit putih kilau baju melayu menyedari mula dikerling sejak minggu pertama jumaat, semasa itu kilau bersama kebaya unggu cerah. Pada munggu kdua pula hati jumaat kilau bersama kebaya kuning, kebaya pendek bersulam goyang, disulam dari mesin manual, kayu mengunakan kedua kaki. Gedek-gedek..

Sulam goyang, selain itu ada sulam bakar. Yang agak keras kurang beralun kalau diamati betul-betul.di pulau pinang gurney plaza sana ada butik busana kebaya sulam, diurus oleh adiguru Malaysia bahagian sulam. Puan Kim yang sedang giat mencurah pengalaman pada pelapis, hamper uzur tetapi mampu masih mampu bergiat cemerlang apabila memegang roda pusing disebelah kanan mesin jahit manual.


Kebaya pendek, kebaya labuh, kebaya moden. Unit putih kilau pernah kesana beberapa dahulu sewaktu bersama baju melayu hitam. Demi melunaskan pogram perantisan kraf warisan.
Program perantisan kraf warisan ini demi memastikan segala usaha dan jerih-perih adiguru di malaysia dicurah, diserap oleh pelapis muda. Berjuta dana dipetik. Seluruh warga kerja kraf, ke seluruh pelusuk Malaysia berjumpa dengan seluruh adiguru, daripembuat wayang kulit utara malaysa hingga ke pembuat gambus johor kampong melayu diteroka. Dari pembuat sape miri serawak hingga ke pembuat sampoton sabah.



Bagi memastikan segala kekurangan ditampung, dari segi prasarana dan sebagainya. Tiba-tiba program ini telah entah kemana. Setelah dana hamper hangus di tarah. Seperti perniagaan Melarutke Lewat Malam pula caranya. Meniaga buluh kasap. Untung lebur Pangkal lesap.

Kerling? Aha!.. kenapa kerling aku begitu? Ucaplah apa-apa. Ini hari terakhir kau mampu mengerling aku. Ini hari terakhir.

Kilau kebaya hitam senyum, senyum yang tidak seimbang, ada lesung pipi di kanannya. Selepas ini tiada kerlingan-kerlingan nakal untuk engkau. Sudah , sampai selepas ini . tiada lagi. Singkat sahaja khrusus ini, kenapa Mdek hanya tiga minggu sahaja membenarkan khrusu 3D ini berjalan. Aduh. Indah unit si putih kilau itu, dipasang pula dengan baju melayu hitam. Runtuh rasa nyawa.




Mula-mula memandangnya. Aduh. Ini adalah hari terakhir mengerling. Selepas ini bagaimana?
jam menunjukan hampir ke angka satu. Unit putih kilau baju melayu perlu menghadiri perjumpaan, perjumpaan mingguan. Mendengar nasihat-nasihat dan peringatan. Unit kilau putih baju melayu! Selamat jalan,. Hati-hati dalam perjalanan.

Unit putih kilau baju melayu biasa makan selepas perjumpaan mingguan. Lebih selesa, jika makan didulukan, makan nasihat-nasihat nanti tidak diserap dengan baik, mana tidaknya. Akan berperang la dengan buai-buaian mengantuk.

Unit putih kilau bergerak ke tempat jumpaan. Terik yang tinggi sudah lali bagi unit putih kilau. Setelah melalui beberapa simpang.tiba-tiba unit putih kilau berhenti, tertanya-tanya.
Jam 2.30 petang.



Seperti kebiasaan, sekitar jam ini perhimpunan mingguan akan bersurai. Ah! Unit Baju melayu. Tapi di mana putih kilat? Baju melayu tersu duduk di tempatnya. lajur pertama, baris ketiga tanpa member apa-apa penjelasan. Kilau kebaya hitam kebingungan.

Baju kemeja belang : kenape ade darah kat lengan ko?
Baju melayu hitam : tadi aku O D W ade kemalangan.

Unit putih kilau bergerak ke tempat jumpaan. Terik yang tinggi sudah lali bagi unit putih kilau. Setelah melalui beberapa simpang.tiba-tiba unit putih kilau berhenti, tertanya-tanya.

Tenang encik. Banyak banyak bersabar. Kita di dalam ambulan.encik selamat.
Memegang bahagian dada baju melayu hitam, separuh menggengam. Menghulurkan sesuatu kepada baju melayu hitam.


sekadar hiasan



Dan..
Kembali.



Baju kemeja belang : mana butang baju melayu?
Baju melayu hitam : oh, terlupa.



Menghulur tangan ke dalam saku baju, mengeluarkan butang baju melayu. Memasang dengan kemas, ia Putih kilau.

























Pemudi B : pst.. salyana salmeeana ,ko tengok hujung sana tuh, hari dia pakai baju melayu hitam la seluar baju hitam pulak tu, same la. Korang berjanji ke. Hikhik..
salyana salmeeana : mane ade berjanji. Tak same la, aku hitam pakai kerosang kilat, die hitam berbutang putih kilat.
Separuh senyum kedua-duanya.



Dihujung sana, sipulan yang memakai baju melayu menjeling, senafas dan disambung dengan memaling kan muka searah salyana salmeeana. Senyum, malu. Tersentap dek lesung pipit salyana salmeeana yang muncul.
Sipulan baju melayu hitam berbutang putih kilat “syukur aku maseh teruna”…







1 comment:

PenagihAyamGoreng said...

kocik bonar tulisan mu kali ni...juling-juling mato den mombaconyo....