Saturday 28 February 2009

kebaya dan baju melayu sedondon hitam




Dingin, dingin suhu bilik yang dipaksa sejuk beku, dipasang penghawa dingin.
Agar dingin segala hawa-halwa. Dalam yang kurang meruncing, enam belas unit sedang berhempas-pulas. Cemas.


Mengelinjang dada-dada mereka demi menyiapkan sesuatu yang berangkaian. Pejam celik yang berulang-ulangan dan komanya di sini.


Gedik-gedik jari tangan kiri dan kanan serta mata tertumpu pada tugu yang terconggok di depan mata. Mulut ternganga. Khusyuk tahap tinggi. Khusyuk yang bukan dipaksa. membatu keras kejong khayal lentok. Ini benar-benar khusyuk halal benar.



Kecuali satu unit ini. Sesekali mengencut bibir, sesekali senyum kecil ketat. Dan sesekali mulut diurut oleh jari tangan kiri. Meraba-raba misai yang seminggu dikemas, ah, sudah tumbuh! Tangan kanan kembali ke papan kunci. Khyusuk..

Unit ini lajur pertama, baris ketiga, di tepi dinding. Punyai kerja yang telah ditamatkan kontrak. Di atas unit ini ada titisan penghawa dindin yang halus, setengah jam menitis satu. Sesekali terkena unit ini apabila mencondong ke dinding.


Ah! Menjeling ke kanan.. Selepas sedar ditenung lama.
Unit seberang sana, menjeling tajam, niat maseh belum jelas, tetapi kerlingan yang tajam dan lama. Unit di seberang sana. Juga lajur pertama baris ketiga dan tepi dinding, belakang sedikit ada jendela. Pada kebaya hitam, itulah pengerlingnya.

Jaga. . jaga..




. . . . .





PAP!


Sempat menangkap mata pengerling itu. Huh! Senyum malu. Kilat pabila merah pipi. Segan-segan kucing. Isk, titis penghawa dingin ini. Kenapa kilat kebaya hitam itu mengerling. Unit ini hanya putih kilat pada baju melayu . mungkin kilau kebaya hitam itu suka memandang putih kilau baju melayu hitam.


Mungkin kecenderungan kilau kabaya hitam memandang saing yang sama warna, ya, masing-masing sama-sama hitam. Hari jumaat. Santun ayu kilau itu yang berkebaya hitam.
Unit putih kilau baju melayu hitam masih tidak memaing kan pandangan yang dipakukan semasa menangkap kerlingan kilau kebaya hitam. Kilau kebaya hitam maseh malu-malu. Pura-pura memandang khyusuk ke monitor. Sesekali mengerling anak. Malu-malu. Tutup-tutup malu.


Sebagai unit putih kilau baju melayu, dikerling begitu tidak mengapa. Tapi mengapa. Sedikit malu tapi maseh boleh terima.


Unit putih kilau baju melayu menyedari mula dikerling sejak minggu pertama jumaat, semasa itu kilau bersama kebaya unggu cerah. Pada munggu kdua pula hati jumaat kilau bersama kebaya kuning, kebaya pendek bersulam goyang, disulam dari mesin manual, kayu mengunakan kedua kaki. Gedek-gedek..

Sulam goyang, selain itu ada sulam bakar. Yang agak keras kurang beralun kalau diamati betul-betul.di pulau pinang gurney plaza sana ada butik busana kebaya sulam, diurus oleh adiguru Malaysia bahagian sulam. Puan Kim yang sedang giat mencurah pengalaman pada pelapis, hamper uzur tetapi mampu masih mampu bergiat cemerlang apabila memegang roda pusing disebelah kanan mesin jahit manual.


Kebaya pendek, kebaya labuh, kebaya moden. Unit putih kilau pernah kesana beberapa dahulu sewaktu bersama baju melayu hitam. Demi melunaskan pogram perantisan kraf warisan.
Program perantisan kraf warisan ini demi memastikan segala usaha dan jerih-perih adiguru di malaysia dicurah, diserap oleh pelapis muda. Berjuta dana dipetik. Seluruh warga kerja kraf, ke seluruh pelusuk Malaysia berjumpa dengan seluruh adiguru, daripembuat wayang kulit utara malaysa hingga ke pembuat gambus johor kampong melayu diteroka. Dari pembuat sape miri serawak hingga ke pembuat sampoton sabah.



Bagi memastikan segala kekurangan ditampung, dari segi prasarana dan sebagainya. Tiba-tiba program ini telah entah kemana. Setelah dana hamper hangus di tarah. Seperti perniagaan Melarutke Lewat Malam pula caranya. Meniaga buluh kasap. Untung lebur Pangkal lesap.

Kerling? Aha!.. kenapa kerling aku begitu? Ucaplah apa-apa. Ini hari terakhir kau mampu mengerling aku. Ini hari terakhir.

Kilau kebaya hitam senyum, senyum yang tidak seimbang, ada lesung pipi di kanannya. Selepas ini tiada kerlingan-kerlingan nakal untuk engkau. Sudah , sampai selepas ini . tiada lagi. Singkat sahaja khrusus ini, kenapa Mdek hanya tiga minggu sahaja membenarkan khrusu 3D ini berjalan. Aduh. Indah unit si putih kilau itu, dipasang pula dengan baju melayu hitam. Runtuh rasa nyawa.




Mula-mula memandangnya. Aduh. Ini adalah hari terakhir mengerling. Selepas ini bagaimana?
jam menunjukan hampir ke angka satu. Unit putih kilau baju melayu perlu menghadiri perjumpaan, perjumpaan mingguan. Mendengar nasihat-nasihat dan peringatan. Unit kilau putih baju melayu! Selamat jalan,. Hati-hati dalam perjalanan.

Unit putih kilau baju melayu biasa makan selepas perjumpaan mingguan. Lebih selesa, jika makan didulukan, makan nasihat-nasihat nanti tidak diserap dengan baik, mana tidaknya. Akan berperang la dengan buai-buaian mengantuk.

Unit putih kilau bergerak ke tempat jumpaan. Terik yang tinggi sudah lali bagi unit putih kilau. Setelah melalui beberapa simpang.tiba-tiba unit putih kilau berhenti, tertanya-tanya.
Jam 2.30 petang.



Seperti kebiasaan, sekitar jam ini perhimpunan mingguan akan bersurai. Ah! Unit Baju melayu. Tapi di mana putih kilat? Baju melayu tersu duduk di tempatnya. lajur pertama, baris ketiga tanpa member apa-apa penjelasan. Kilau kebaya hitam kebingungan.

Baju kemeja belang : kenape ade darah kat lengan ko?
Baju melayu hitam : tadi aku O D W ade kemalangan.

Unit putih kilau bergerak ke tempat jumpaan. Terik yang tinggi sudah lali bagi unit putih kilau. Setelah melalui beberapa simpang.tiba-tiba unit putih kilau berhenti, tertanya-tanya.

Tenang encik. Banyak banyak bersabar. Kita di dalam ambulan.encik selamat.
Memegang bahagian dada baju melayu hitam, separuh menggengam. Menghulurkan sesuatu kepada baju melayu hitam.


sekadar hiasan



Dan..
Kembali.



Baju kemeja belang : mana butang baju melayu?
Baju melayu hitam : oh, terlupa.



Menghulur tangan ke dalam saku baju, mengeluarkan butang baju melayu. Memasang dengan kemas, ia Putih kilau.

























Pemudi B : pst.. salyana salmeeana ,ko tengok hujung sana tuh, hari dia pakai baju melayu hitam la seluar baju hitam pulak tu, same la. Korang berjanji ke. Hikhik..
salyana salmeeana : mane ade berjanji. Tak same la, aku hitam pakai kerosang kilat, die hitam berbutang putih kilat.
Separuh senyum kedua-duanya.



Dihujung sana, sipulan yang memakai baju melayu menjeling, senafas dan disambung dengan memaling kan muka searah salyana salmeeana. Senyum, malu. Tersentap dek lesung pipit salyana salmeeana yang muncul.
Sipulan baju melayu hitam berbutang putih kilat “syukur aku maseh teruna”…







Wednesday 25 February 2009

tepong basah, tepong kering?



enak dalam renggang.



enak dalam sendat.


*** reyon sudah bebas. nanti aku kongsi.

berkait seni kait

"kait jarum satu"
































Tuesday 24 February 2009

hati2 mengejar, nanti jatuh.

teksi hijau ini janggal dilihat


kota raya. sekitar jam 10-11 pagi. agak lenggang. berkumandang irama pemuzik jalanan, cerah hari ni. walau tak gempita. tapi masih gemilang. gemilang buat si gadis. punya barang berharga. barang nya berupa beg tanga. walau sedang dipunya tetapi maseh belum habis bayar, "sampai ujung tahun depan maseh ade baki tau" tiba-tiba si gadis memaling dan separuh bertempik. jurukamera hampir melompat,melompat tegak bukan dek jerkahan yang separa itu, tetapi pusingan badan si gadis.

silau sungguh


pemuzik. rancak mengalun dansa, seorang OKU mata, seorang lagi OKU kaki. irama sederhana rancak, keybod du punat ke bunyi arkodian. gitar dari OKU kaki.

rancak si gadis melenggang dengan begnya. melintasi pemuzik jalanan, di hulurkan sepuluh ringgit buat menyemai "hereafter (enjit-enjit semut)" tersenyum si OKU kaki. wah, julung-jululung di hulur sepuluh ringgit. "semoga gadis ini murah rezeki ya" detik dalam hati OKU kaki.


penat langkah-langkah, kasi berenti kejap


bingit, bunyi sang rempit. mencilok-cilok di jalan raya.bangga dengan aksi. bahagian khorus lagu kegemaran yang dimainkan pemuzik jalanan tengelam terus. ah! sayang sekali. sedap bahagian khorusnya. kalau tak silap penulis lebih kurang begini "kuala lumpur, kuala lumpur menyinari hidup ku, kota yang penuh dengan cabaran" lagu ini sering ditayang larut malam semasa penulis kanak-kanak.

bunyi bingit sempit rempit hilang... lega ronga telinga dari himpi mampatan bunyi yang mengundang rasa meluat amat-amat.

HEEeeeyyYY! JANTAN BANJINGAN!!.. jerit suara perempuan. juru kamera melilaukan lensa, dari arah manakah bunyi datang. sebagai pemuzik walau jalanan tetapi bertaraf profesional sepatutnya mereka wajib terus memainkan persembahan mereka "jalan tetap terus jalan, kasi gasak je"

beg si gadis diragut dek mat rempit, pemboncengnya. OKU kaki terkedu melihat si gadis yang pemurah diragut. hendak dibantu tidak berdaya.kiri dan kanan kaki nya tiada. lenggang di kawasan itu.

mana kereta tadi diparking?



zool berjalan perlahan. sekali -sekala memriksa talifon tangan. agak terpana melihat keybod musik kepunyaan pemuzik jalanan. hairan melihat geruh wajah OKU kaki. tetapi malas menambil tahu. kembali menyambung langkah laygn perlahan.

"bang tolong bang" OKU kaki meminta, "tolong ape" zool merasakan sapaan itu ditujukan kepadanya. "tu ade budak perempuan kene ragot, kesian die bang" seakan merintih.
"alah orang bergaduh laki bini tu, buat ape ko nak campurkan aku dengan mereka, ko la pergi tolong sendiri" zool bernada sangat mementing kan diri sendiri. (jarang melihat warga negara begini ya kawan-kawan?)

"kalau saya ada kaki, dh lame saya tolong bang, kesian budak tu beg tanga die kene ragut, tadi baru je die bagi kami duit, sepuluh ringgit, baik budak tu" pinta OKU kaki lagi.

"perempuan ke budak tu, malas la aku tolong" zool. "perempuan la, takan lelaki pulan yang kene ragut" OKU kaki. "sbnarnye aku malas dh nak tolong perempuan ni, nanti kate kite amik kesempatan la , itu la, ini la, nk gode la, aku dh pernah kene dulu. terok naseb baik tak masuk penjara, nanti sikit hari lagi ko pon kene mcm aku"zool.

zool mengimbas peristiwa lalu yang mana antara paling hitam, yang ini lebih hitam peristiwanya dari hitam hati si syaitan.

omeh~

*******nota : zool pemuda bangsat (gelandangan"tidak berumah") jadi cara dan gaya bahasa penceritaan pengalaman zool kepada OKU kaki mengunakan bahasa bangsat.dan dalam carta kasta pon, die tak berkasta.

mereka kini sudah pandai berlakon

waktu gua nak di stesen train, macam biasa la, ade budak pompuan menjerit. tolong..
walau pon gua bukan hero, tapi gua nk cube tolong sebab gua rase gua boleh makan mamt yang sebat beg tangan budak pompuan tu.

motor sedang mencilok


gua pon lari lari lari, kejar kejar kejar..

sedang gigih mencilok tangga tanpa gostan ke depan



kasi pendek cite, gua dapat tangkap itu banjingan brensek, hati gua panas, gua tibai satu kali. tapi orang lain pulak yang tibai lelebih, gua malas nak campo, pasal gua ade interview, nanti pepeluh, leceh. gua dh la jarang semart-semat gini.

gua pon tinggal kan hero-hero pencen yang sibuk tibai banjingan brensek tu. yang penting gua nak pulangkan beg tanga budak pompuan ni.

gua nampak die berjalan kearah gua, jalan sikit laju-laju. dalam hati gua, naseb baik gua dapat bagi balik beg ni. tetibe baru gua nak hulur beg ni. budak pompuan tu pengsan pulak. hurm nih misti tak sarapan pagi ni, pas tuh nak lari kejar beg tangan die. takde stamina, tuh la suruh jogg tanak, tido petang je .

die pengsan, terus jatuh, mcm org takde tulang belakang. gua pon goyang la. jarang hadap orang pengsan-pengsan nih, ini pulak jadi depan mate. aduh. gua dah lambat nak temuduga beb.

takan gua nak tingal kan beg ni, bersama budak pompuan yang pengsan ni. nanti kene amik lagi beg tangan die. gua pon nak cube sedarkan budak pompuan ni, gua pangku die dan sebelah tanga gua kipas kasi angin die dengan beg tanga tu.

orang ramai sibuk bantai banjingan brensek tu lagi. pas tu budak pompuan nih sedar..
bile tau je gua tengah pangku kan die tetibe die marah gua, terus bangun. muke marah, kalah mak tiri.marah giler. kurang hajar punye jantan, ko nak amik kesempatan kt aku ye. mcm tuh la budak pompuan tuh cakap. agak menjerit.

hero-hero tadi bergerombolan datang kat kami, aduh, gua goyang. budak pompuan tuh bebetol kann tudung die. pas tuh ade sati brader yang agak pakcik tuh tanye. kt budak pompuan tu, pas tuh gua dituduh amik kesempatan, merayap-rayap tangan.

bile mase pulak beb, dh la gua tolong die kejar banjingan tu, pas tu die pengsan, gua tolong la. pas tuh budak pompuan tuh ape ntah die bebel kat brader pakcik tu, macam-macam akta die nak sabit kan gua.lepas tuh die kate gua ade tatu kat tangan, itu yang lagi haram nak sentuh die.

memang la gua ade tatu, ini mase kekecik gua ngan family jatuh kapal terbang, tp semua nye selamat, cume gua terpisah dengan petugas yang mencari gua. sbb gua diselamatkan oleh orang asli pribumi. mase tuh kapal terbang tu jatuh kat serawak.
bapak angkat gua la yang tarok tanye tatu nih, sebagai tanye anak angkat die. tak lama kemudian gua dapt jumpa balik famili gua. dan tatu nih kekal.

pas tuh, pakcik brader tuh bagi tau kt budak pompuan tu ape yang gua buat nih betol la takan tak terima kasih lak, dan dah budak pompuan tu pengsan takan nak biar terlentang, brader pakcik tuh pon nampak, gua tak buat ape-ape yang melebihi yang sepatutnye.

lepas tuh budak pompuan tuh salah kan tatu kt tangan gua pulak. apsal ade tatu? apsal tak buang pakai lazer je. haram la, najis la najus la.ape hal. ini bukan gua saje-saje tadah beb. tapi maseh lagi tak sedar-sedar diri salah kan gua yang bertatu ni.

tambang. fewit~


gua hati panas, gua ade interview,gua angkat kaki. tapi budak pompuan tuh ikot gua bebel terus. lahabau! gua buat pekak, gua beli tikket tggu train.

tiba.. fewit itu tidak dilayan

train sampai, tapi budak pompuan tu nye bebel lom sampai noktah lagi. gua masuk, pas tuh die p[on sibuk2 nak bontot gua. gua celah- gelah. dan gua berjaya sampai ke pintu satu lagi, dan gua berjaya lompat keluar dari train tadi. dan terus train tu tutup pintu dan blah, gua nampak budak pompuan tu usha gua dari tingkap. gua jelir lidah sambil tapak tangan gua dua kat tepi pipi lambai-lambai. kasi die panas.

mungkin menunggu untuk difewit

hati gua lagi panas beb, panas menyenggau. kalau gua "bukak mulut misti keluar API".
begini lah, meh gua terus terang kt lu orang yg terase gua tujukan ini pada lu.

tertanya..

weh beb, gua tak panas sangat klu lu bebel pasal gua ade tatu,bende kekal tuh nak buat mcm mane. itu tara hal, biase dah orang sibuk-sibuk nak berfatwa nk bebel-bebel ceramah. dh tepu.

tercari-cari



tapi yang gua tak boleh terima, lu nye tanggapan, lu tuduh gua nk goda lu pulak. nak amik kesempatan. itu gua paling cukup pantang, mmg la gua dh tak bernada nadi. tp bukan gua "lapaq betina" baik gua kejarkan [3 bende yang tak putus walau anak adam itu mati]. memang gua cukup-cukup pantang. kalau gua orang orang putih dh lama gua sebut {mim alip dal alip fa alip kap alip}

bapa anak botol kepada bapa

kalau lu ceramah pasal tatu gua, gua tara hal. itu tanggung jawab. tp jgn la tuduh-tuduh, mentang-mentang la umo-umo mcm gua nih patut dh beranak-pinak, jgn la hina gua sampai mcm tu. memang semua anjing tak tolak bangkai, tapi gua bukan anjing, gua adalah gua. lu nak jadi serama ke , rerama ke, ela dan rama-rama ke burung tiong ke kluang man ke, sinchan ke upin ipin ke, gua tanak amik port. klu lu nak say sori, depan-depan la. memang gua rase amat terhina.amat. kalau gua ade kt everest, misti sungai gangga naik. dan semua pencuci dosa kasi terjun itu gangga. gua ulangi. amat terhina, AMAT...

sang bedal



potong!!.. dari satu sudut,jeritan pengarah... okkkk.. bagus..
kasi bungkuuus!!~~
warga kerja produksi filem melompat. ini adalah shoot terakhir mereka, setelah hampir empat minggu. tonggang terbalik menghabiskan proses pengambaran. tugas mereka dh berakhir, dan hanya perlu menunggu bayaran frasa terakhir.
itu kata janji tuan produser a.k.a. pengeluar filem.

majukan filem demi negara.

bintang biduk di atas tanah;
selepas di patuk betina Tempua;
selagi belum ke dalam tanah;
budi yang baek di kenang jua.

Monday 23 February 2009

nenek nya & cucu aku




nenek aku
nenek aku suke buat kuih.
bukan kami saja yang di jamu.
bahkan juga seluruh kampung.

nenek aku
seawal jam tiga pagi sudah jaga,
menyiap kuih untuk sekampung sekeluarga
aku penat melihatnya
kalau badan sendiri
apa punya rasa.

nenek aku
kau sudah sudah dengar berita angin hari ini
berita tentang mu
besar udang balik kuih mu

nenek aku
aku tahu bukan itu niat mu
tapi sedarlah wahai nenek ku
jangan terlalu RAMAH dengan jiran tetangga baru
ada yang tak suka ada yang tak setuju

nenek aku
semasa engkau menghadiahkan kuih mu
disangka orang wahai
nenek ku mahu MEMIKAT penghulu

nenek aku
sedarlah diri mu
kau tak punya rupa sang ratu
berentilah berniat begitu

nenek aku
aku tahu bukan itu niat mu
apa peduli, sekarang semua tahu
tahu akan niat mu tu
mahu memikat penghulu
dengan kuih jamahan mu.

nenek aku
aku pon seperti kamu
disalah angkap tuduhan melulu
kerana ramah terlalu bertalu
bukan niat aku sebegitu
"gila betina" bukan keghairahanku

nenek aku
apa nak buat wahai nenek aku
ku harapkan kau tabahkan aku selalu
aku sedang himpun judul-judul buku
untuk menulis sesuatu
yang boleh bangsaku berpandu
kalau tersesat boleh la merujuk itu

nenek aku
semasa engkau membaca judul cucu mu
aku sedang ke pekan rutin mu
membeli bekalan tepung ruji mu
yang dikirim engkau selalu

nenek aku
ku minta izin dari mu
baki sepuluh sen ku butuh
membeli ais kerim dipekan itu
menghilang dahaga mengubat rindu.

Sunday 22 February 2009

siapa yang mengejar? SI JANTAN...



"ade orang kata lelaki tak suka dikejar, mahu dikejar". betul ke?

tiba-tiba aku dipanah soal itu, aku lencongkan sahaja pada filem kegemaran semua "nujum pak belalang"

aku kamus ringkas.kamus bentuk-bentuk, garis wan warna.bukan kamus bahasa.

apa udang di sebalik soalan itu? sakit lututkah si penyoal?

(hey penyoal, sila jawab dalam bahasa mudah,
bahasa rakyat kasta pariah malaysia,
bukan bahasa dewa-dewaan, tolong ya.) :P



petang. aku berhubung dengan kotak kamus, kotak kamus yang di dalam pembikinan, tebal kamus itu, ala-ala setaraf dengan manusia yang punya sarjana tebalnya. ya. ia sedang dalam pembikinan.



berhubung dengan perhubungan itu, bertujuan hanya untuk menyalin patah-patah perkataan yang telah disamaertikan, tapi aku hanya kamus ringkas, seperti manusia yang punya sijil tarafnya. walau sudah lama tamat pembikinan, tetapi mahu menaik taraf kandungan.

susah juga mahu serapsuai (asimilasi) patah-patah perkataan dari kamu tebal itu,
ada tanda di pipi.

dalam satu tahun lagi mungkin akan lengkap kamus tersebut.

jawi&segi2





Saturday 21 February 2009

mana hujung mana pangkal

mana satu yang mengeletek tekak dahulu ???..



angin pagi-pagi




dingin mengigit, mengenyam ia kerana di batu api nada ombak.
nadi nada dia, bagaimana?

(..yg dulu usah dirindu, hilangkan lah dari hati mu, doa ku buat mu kekasih..)

Thursday 19 February 2009