Thursday 5 March 2009

tukang bikin skrip & tukang bikin susun rekatetak

editor
sekarang nih awak pilih mane satu yang awak nak. kite tak boleh terus kan ke peringkat seterusnye nih.



calon
mcm nih la encik, keutamaan saya ialah mane tempat yang bayar gaji tinggi saya pergi.


difahamkan calon tersebut menerima dua tawaran kerja dalam satu hari, dan ini agak memeningkan kepala calon barangkali otak telah berkarat setelah 3-4 bulan dok menghippies.




editor
berape kt sane tawarkan?



calon
mereka bagi rm2500


mak datok!!! wah wah wah (tiru gaya bvil) mahal tu. itu tahap dh kene cukai tuh. padehal keje di sane tukkang bikin skrip je . pergh mahal betol gaji tukang skrip skang nih ek.
kire industri hiburan sedang berkembang kot.





editor
ha, senang cerita. ok, kami akan bawa berbincang dengan lembaga pengarah dahulu tentang ini.
ada 3 orang yang akan berbincang perkara ini, dalam 2-3 hari nanti kami akan bagitahu jawapan, ye.


calon keluar pintu selepas bersalam dengan editor tanda persetujuan dicapai dan akan dikhabarkan oleh editor mengenai perkembang terbaru.
ext. kedai mamak area paramount. malam jam 9




kawan1 calon
pergh , banyak tu beb gaji die hentak . giler ar



kawan 2 calon
boleh dapat ke gaji mcm tuh? ofis tuh buat surat khabar keluaran 2 minggu sekali je kan, boleh ke die bagi gaji yang ko hentak tu. itu pon surat khabar suara kiri. ntah-ntah esok lusa kene tutup.




calon
ntah la, skang nih aku pulak yang goyang, mane satu nak pergi.
yang kt klang tuh, jadi tukang skrip die bagi rm 1800 je. tak leh naik walau ade pengalaman.
yang surat khabar tuh die bagi minimum 2k, sbb dlm resume tuh aku tulis 2k.





kawan 2 calon
kalau dapat 2k pon pon dh sedap beb.




calon
skang aku pon bingung nak pilih mane, klu kt klang tuh kompenih animasi tuh, walau gaji aku ikit tapi aku terdedah dengan bidang animasi. silap-silap aku kene buat lagu nanti. ari tuh die ade tanye juga. glamer ar sket. boleh ikot road show jumpe peminat.




kawan 1 calon
ha, ok la tuh.





calon
tp kalau surt khabar tuh setuju dengan 2.5k aku. tapi kt sane buat surat reka letak utk surat khabar je la. klu kene "OT" ade elaun. itu pon waktu surat khabar nak keluar. disamping tu aku dapat berita-berita terkini la. berita yang sahih dari wartawan yang beretika.

No comments: