Tuesday, 26 May 2009

cawan dan teko

**telah di sunting pada 2JUN2009

cawan.
hanya perlu ada satu teko untuk mengisi air ke dalam cawan.

satu hari, cawan telah mendapati tekonya telah tidak setia. curang
selain cawan ini, teko juga telah mengisi air nya ke dalam cawan lain.

kita panggil teko ini. "teko korok mu"

seperti biasa, hancur luluh cawan ini.
teko yang di hormati disanjungi dipujai tidak setia. sungguh korok si "teko korok mu" ini ya.
cawan seramik sungai dua penang murung beberapa waktu. hampir mahu menghempaskan diri menderai. begitu amat-amat tidak keruan. barang kali dengan si"teko korok mu" sudah berjanji sehidup semati.  wah, sungguh "junjumatun" wahai si "teko korok mu" ini yah. jabe.

langsung terus cawan memutuskan mereka tiada ikatan. mahu menjauhkan diri dari si "teko korok mu" dan "segalo nate gapo-gapo". putuskan segala ikatan,  janji-janji senafas senyawa berenggang tidak sehasta cuma. segala apa-apa, putus. berdebur abu menebar. lenyap

satu hari cawan ini telah didatangai teko lain, selain "teko korok mu"yang tidak setia mengisi pada satu cawan, ada juga teko lain. teko ini kita panggil teko seramik buatan tangan.

teko seramik mendapati cawan ini bukan sembarangan, juga kerana cawan ini bukan cawan plastik atau cawan kaca. menenangkan dan cukup sederhana.

ini adalah cawan buatan tangan. dari  sungai dua penang buatannya, dibentuk sambil diiringi alunan irama indah. juga ada corak nota musik di badanya.

teko seramik buatan tangan amat menghargai perkenalan dengan cawan seramik buatan tangan dari sungai dua penang ini. dan ada sedikit renjisan arab, bahagian tangkainya mancung dan terletak. mereka sebahasa di dalam irama. 

teko seramik buatan tangan rasa mungkin inilah cawan yang boleh dicurahkan isi airnya.

tetapi, cawan seramik sungai dua penang ini sedikit enggan. enggan kerana apa. kerana cawan seramik sungai dua masih menyimpan sisa air teko terdahulu yang curang. si "teko korok mu"

teko curang si "teko korok mu", asal daripada aloi pantai timur, dan sedang di diproses di german sebelum dipasarkan di malaysia. boleh dikatakan pengilangan di german pengilangan moden, mampu menghasilkan hasil buatan yang bagus. disana juga terdapat cawan-cawan yang mengiur yang mengilai aloi dari pantai timur. "ini peluang bagus untuk mengasah kemampuan diri. setakat mana ia boleh pergi" barangkali ini kata teko curang "teko korok mu". "buleh g derah ko?"  mungkin ini tambahnya. 

sesekali teringat akan botol-botol budu kitar semula semasa mereka sebangsal sebelum berangkat ke german. walau di cuci tetapi sengat bau budu masih kental mengais hidung.

"sudah sayang" sisa ini tak mampu dibuang. dan tak mampu menerima curahan air dari teko yang lain. hebat bukan pengangan "teko korok mu" ini? dasat sekali yah..

*** "terima kasih cawan seramik buatan tangan sungai dua penang. kenal dengan anda sudah cukup mengembirakan saya" kata teko seramik buatan tangan. 

"apatah lagi dapat berjumpa menatap tangkai mu yang mancung dan terletak hasil pengaruh rekaan dari tanah arab, kalau sisa titis air si "teko korok mu" telah kering, kau tahu di mana untuk kau cari aku bukan?" sambung teko seramik buatan tangan.

"aku bukan raja menyusun kata, tapi bukan aku tak mampu mencurah sempurna" tambah teko seramik buatan tangan yang semakin lain nada tutur.

sekian

5 comments:

PenagihAyamGoreng said...

akhirnya!! cerita ini penuh erti..

:)

Pyanhabib said...

kalau dalam cawan dan teko ada kopi o kaw kaw...

Basuh Baju said...

mendalam maksudnya...

best wei! gua suka..:p

ana_jundullah said...

slm ziarah

aiXat.MR said...

semoga sang cawan segera bangkit,
melupakan sang teko aloi durjana..

semoga sang cawan segera bangkit,
sang teko seramik menaruh sepenuh jiwa..