Thursday 23 April 2009

akan ku tunggu kau sampai dahulu.



Aku hanya penjaga pintu. Gerbang yang isinya biru ungu-ungu. Aku tidak pernah memikirkan dari mana asal-usul ku. Yang aku tahu, perintah yang satu . Perlu patuh itu.

Sesekali aku jengah isi dalam gerbang, ada warna-warna tenang. Rasa damai. Rasa gembira.
aku mendengus binggung, ini semua tiada dalam tata kata aku.

Masa depan masa belakang , masa kiri dan masa kanan juga tiada dalam tata kata, tak faham semua. Kecuali perintah menjaga pintu.

Dari jauh aku lihat kelibat wanita. ke hulu jauh menyasar. Kemudian kembali. Lalu ke hilir memapar. Kemudian kembali lalu terus ke baruh menyusuh, kemudian menyasar lagi. Kalau dia ke darat, terus saja menelusuri gerbang ini.

Di dalam gelap-gelap hitam pekat. Meredah seolah olah mencari sesuatu. Di dalam keadaan bergema dan harum wangi, kalah dek wangian dunia.

Andai aku manusia atau saudara silau, terus aja aku ke gerbang dan melaluinya. Harum wangi ini datang dari gerbang ini. Jadi apa yang di cari-cari.

Sesekali pelangi melantai langit. hadiah bagi mereka yang patuh. Mereka yang berjaya.

Hairan aku. oh.. mungkin itu perintah ke atasnya. Perlu berkelakuan mencari-cari.

Sebelum ini tiada manusia atau saudara silau aku yang berkelakuan begini. aneh..

Kebanyakan manusia dan saudara silau aku. terus sahaja berlari apabila dari jauh nampak cahaya bergemerlapan di gerbang ini. Seolah-olah begitu mendambakan gerbang ini dan isi di dalamnya. ada yang menadah tangan tinggi-tinggi. ada yang bersujud, ada yang bersalam dengan aku, ada yang memeluk erat.

Ada yang sambil berlalu memberi salam kepada aku sambil berkata kepada diri sendiri. Syukur aku meneladani panduan hidup di dunia. Begitu begini, dan bermacam-macam lagi.

Nah! wanita itu muncul lagi. kali ini ke darat terus, dan berhenti di depan aku. kemudian bertanyakan tentang adakah aku sudah nampak seorang manusia yang begini tinggi, begitu gaya rambut, begini gaya berjalan dan begitu gaya berdehem. sedikit mengajuk wanita itu, berkelakuan untuk merupa apa yang dilisankan.

Oh manusai lelaki itu? Belum sempat aku menunjukan arah yang di tuju lelaki manusia itu. menonong wanita tadi berlalu. ada, Mengejar hutang kah, di alam ini hutang piutang sudah langsai bukan?

Aku tahu ini kerana ada saudara silau aku berlalu sambil menegurku dan berkata rupanya hutang dia sudah dilunaskan oleh sanak saudara dari wang simpanan pekerja. Sambil mengurut-urut dada saudara silau aku melepasi gerbang.

Oh, begitu hukum-hakam hutang ya. Sedikit aku semakin faham.

Wanita tadi terpacul keluar dari gerbang, berlari agaknya. Termengah-mengah. Memegang dinding di tepi gerbang menongkat badan yang hampir rebah. Lelah amat akibat berlari.

Setitis dua air menitis di lantai, dia menoleh kepada aku, jelas wanita itu menangis. tidak pernah ada manusia atau saudara silau aku yang berkelakuan begini. Di dalam ini tempat begembira, dari hasil usaha bekerja patuh di alam sana. Kenapa berlinang air mata berhiba-hiba mengesak-esak.

*** Dialog antara kami ditukar kepada ayat sehala.

Wanita ini isteri yang patuh. Lelaki manusia yang di cari tadi merupakan suami tercinta. Mula diisterikan pada awal usia 23 tahun, semasa itu lelaki manusia tadi berumur 30 tahun , sebelum hidup bersama mereka berkenalan dan berkawan selama setahun.

Pahit getir perjalanan rumahtangga mereka tempuh berdasa sehingga suatu hari. Ajal lelaki manusia itu sampai. Tinggallah wanita ini tabah. Tabah dalam menempuh hidup sendirian dan tabah menahan rindu pada suami tercinta, lelaki manusia itu.

Demi "hidup mati bersama" wanita ini semakin menjaga susila,setiap malam tekun beramal juga membacakan ayat-ayat suci untuk disedekahkan kepada suami tercinta. Sebahagian besar wang peninggalan suaminya serah kepada sekolah tahfiz, demi tidak mahu memutuskan talian amalan anak adam yamg meninggalkan dunia. Demi memastikan mereka berdua akan bertemu kembali di dalam gerbang ini. Yang aku jaga ini.

Wanita ini masuk melepasi gerbang lalu mencari suaminya. semasa pertama kali berjumpa di dalam ruang gerbang ini. Wanita ini mendapati suaminya iaitu lelaki manusia itu tidak keseorangan tetapi bersama sorang wanita manusia yang lain.

Lelaki manusia itu menjelaskan. Wanita manusia yang di dalam dakapanya itu adalah wanita dalam hidupnya sebelum isterinya. mereka berkenalan semasa lelaki manusia itu 25 tahun dan wanita itu 27 tahun. Wanita di dalam dakapan lelaki manusia itu bernama nadi pelita kula.

Terang suami wanita ini lagi. mereka tiada jodoh di dunia kerana keengganan Nadi Pelita Kula menerima Si Tawar iaitu suami kepada wanita ini yang bernama Rasa di dunia.

Suatu hari ketika umur Si Tawar 29 tahun, ketika satu dunia bumi manusia bertukar-tukar bunga. Si Tawar menghadiahkan buku Ciri Wanita Syurga kepada Nadi Pelita Kula.

Akibat terlalu kuat merokok dan mengidap beberapa penyakit yang berpunca dari tulang belakang Nadi Pelita Kula bertemu ajal. Namun dalam beberapa tahun sebelumnya, Nadi Pelita Kula tekun menelaah Pemberian Si Tawar. Selain dari menghargai perkenalan mereka, Nadi Pelita Kula juga amat menghargai pemberian yang tidak pernah di beri lelaki manusia lain. Terharu dengan itu dan menyedari diri tidak hidup lama. Mana mungkin dapat memberikan kebahagian kepada lelaki yang di anggap benar-benar ikhlas di alam yang sementara ini. Begitu pemikiran Nadi Pelita Kula.


Setiap malam tekun menurut pemberian Si Tawar. Demi satu rasa. rasa mahu membalas hutang. hutang kasih sayang pada Si Tawar. Juga Pohon dalam-dalam agar mereka berdua berjaya berbahagia di sana.


kamera medium shot mereka berdua
zoom out dari babak ini,
mula dengan perlahan kemudian sedikit laju.
berakhir dengan zoom all.
dan fade out.
senarai kredit dipaparkan perlahan-lahan.
*TamaT*
Semoga kalian tenang damai dan bahagia

2 comments:

Jay Harun said...

tahniah ham! indah cerita ini...

*dan aku tau dari mana kau terilham.... :)

Syud Ridzuan said...

oh :)